salam buat sahabat....
Jika anda tanya saya mengenai persoalan di atas, maka dengan jelas saya katakan bahawa persoalan di atas adalah benar. Pada fahaman ilmu saya yg cetek lagi sedikit ini. Namun, jika sahabat - sahabat ada pandangan lain yg boleh dibincangkan... saya sudi untuk berbicara secara ilmiah.
Secara mudahnya, kenyataan saya terhadap persoalan di atas dapat disokong dengan mudah apabila saya membawa anda kepada situasi berikut. Dalam sesuatu tareqat, seorang suluk itu wajiblah berguru. Seseorang itu juga,haruslah bermuraqabah kepada Allah atau dalam kata lain, mendekatkan diri kepada Allah. Seterusnya, seseorang itu telah dibekalkan dengan ilmu dan amalan - amalan saranan oleh guru mursyid tersebut. Kemudian, seseorang yg bertareqat dalam tasawuf juga akan menghadapi ujian - ujian dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T... Disamping itu juga, Ahli sufi juga sememangnya wajib berpegang kepada Al-quran dan As-sunnah baginda junjungan mulia S.A.W.
Maka, sahabat - sahabatku, sangatlah jelas bagi seorang ahli tasawuf itu adalah sama dengan keadaan seorang mualij... Oleh itu terjawablah persoalan bahawa "adakah bidang perubatanIslam ini adalah satu Tareqat dalam Tasawuf".