RENUNGAN

SETIAP PENYAKIT.. ADA PENAWARNYA KECUALI MATI. NAMUN,INGATLAH...SETIAP KESUSAHAN ITU,ADA KESENANGAN DI AKHIRNYA...

Pages

Sunday, February 28, 2010

surah al-waqiah:83-85

Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, sedang kamu pada masa itu ( berada disekelilingnya) menyaksikan keadaanya dan kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat.

SAHABAT PERAWAT

SAHABAT PERAWAT

PESAN USTAZ SYAHID

Telah berkata para pujangga arab :-




Maksudnya : Seseorang yang tiada mempunyai apa-apa. Maka dia tidak akan dapat memberi apa-apa

* Masakan seorang daie' mampu berdakwah sedangkan
dirinya masih tiada persediaan dan kefahaman tentang metologi dakwah.

* Masakan seorang murabbi dapat mentarbiyyah anak buahnya sedangkan dia tidak ditarbiyyah terlebih dahulu.

Bergitu juga dengan seseorang insan yang bergelar mua'lij.

* Masakan seorang mua'lij muda mampu mengubati pesakit sedangkan dirinya masih tidak diberi tarbiyyah untuk lahir sebagai seorang insan yang bergelar mua'lij.

Saturday, February 27, 2010

BEBERAPA HADIS TENTANG JIN

HADIS 1:

Diriwayatkan dari Abi Said Al-Khudri, telah bersabda RasuluLLAH SAW :

“Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barangsiapa yang melihat sesuatu dari golongan Awamir maka hendaklah ia mengarahkan ia keluar (sebanyak 3x). Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan.”


—Hadis 2 :
Sabda RasuluLLAH SAW yang diriwayatkan oleh Yazid bin Jabir, katanya:

“Tidak ada suatu rumah dari kaum Muslimin melainkan di atap rumah mereka adalah golongan jin Islam. Apabila mereka meletakan makanan pada waktu siang , golongan jin turun dan makan tengahari bersama mereka dan apabila manusia meletakan makan malam mereka pun turun dan makan malam bersama mereka”


Hadis 3:

Ibnu Abbas r.a. meriwayat sabda RasuluLLAH SAW :

“Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, ia didahului oleh syaitan. Apabila perempuan itu hamil, ia akan mengandung khunsa (pondan). Kaum pondan itu adalah anak-anak jin”

(Ibnu Taimiyah – terkadang manusia dan jin bernikah dan melahirkan anak)


Hadis 4:

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, RasuluLLAH SAW bersabda

“Sesungguhnya jin Ifrit telah mengacau aku semalam supaya aku memutuskan solatku, dan sesungguhnya ALLAH membolehkan aku menguasainya. Maka aku berniat untuk mengikatnya di tiang mesjid sehingga orang ramai boleh melihatnya, kemudian aku teringat kata2 sdraku Sulaiman : Ya Tuhanku, ampunilah daku, berikanlah kepadaku kekuasaan yg tidak terdapat pada orang lain selain aku…maka ALLAH menolak jin itu dgn penuh kehinaan”


Hadis 5 :

Dalam kitab Musnad Imam Ahmad meriwayatkan hadis Abu Musa, RasuluLLAH SAW bersabda

“Rosaknya umatku sebab tusukan taun. Para sahabat bertanya: Wahai Rasul kalau tusukan kami telah mengerti, kemudian taun itu? Rasul menjawab: Taun adalah tusukan saudara2mu dari golongan jin”

(Ibnu As-Sir – jin mempunyai banyak gangguan : bisikan, tiupan, hembusan dan tusukan)

Adakah bidang Perubatan Islam ini adalah satu Tareqat dalam Tasawuf???

salam buat sahabat....
Jika anda tanya saya mengenai persoalan di atas, maka dengan jelas saya katakan bahawa persoalan di atas adalah benar. Pada fahaman ilmu saya yg cetek lagi sedikit ini. Namun, jika sahabat - sahabat ada pandangan lain yg boleh dibincangkan... saya sudi untuk berbicara secara ilmiah.

Secara mudahnya, kenyataan saya terhadap persoalan di atas dapat disokong dengan mudah apabila saya membawa anda kepada situasi berikut. Dalam sesuatu tareqat, seorang suluk itu wajiblah berguru. Seseorang itu juga,haruslah bermuraqabah kepada Allah atau dalam kata lain, mendekatkan diri kepada Allah. Seterusnya, seseorang itu telah dibekalkan dengan ilmu dan amalan - amalan saranan oleh guru mursyid tersebut. Kemudian, seseorang yg bertareqat dalam tasawuf juga akan menghadapi ujian - ujian dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T... Disamping itu juga, Ahli sufi juga sememangnya wajib berpegang kepada Al-quran dan As-sunnah baginda junjungan mulia S.A.W.

Maka, sahabat - sahabatku, sangatlah jelas bagi seorang ahli tasawuf itu adalah sama dengan keadaan seorang mualij... Oleh itu terjawablah persoalan bahawa "adakah bidang perubatanIslam ini adalah satu Tareqat dalam Tasawuf".

Friday, February 26, 2010

PENJELASAN

ramai org fikir... ble kita sebut tentang jin... ianya adalah kepercayaan karut, kolot dan mundur. Tapi tahukah anda bahawa ia telah menjejaskan iman anda???? Mempercayai wujudnya jin adalah sama seperti kita mempercayai wujudnya malaikat... kerana ia termasuk dalam mempercayai perkara ghaib seperti syurga dan neraka.

Thursday, February 25, 2010

PERKHIDMATAN DI AKRINE SLIM

  • BERBEKAM
  • URUTAN KESIHATAN
  • RAWATAN GANGGUAN JIN
  • RAWATAN RESDUNG
  • KAUNSELING ISLAM

BILIK RAWATAN AKRINE SLIM RIVER


SURAH A-LI'MRAAN(AYAT 135)

135. Dan juga orang - orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa- dosa melainkan allah-, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan.. kaedah rawatan islam ada penawarnya. Tidak kira apa masalah anda.. kami merawat, allah sembuhkan. Biiznillah..Insyaallah.

SAHABAT PERAWAT


USTAZ SHAHID,AKRINE SLIM RIVER(AS-SYIFA' AS-SYAHIDI)

SIFU

USTAZ MAJID,AKRINE,KUANG (PENGASAS AKRINE)

AKADEMI RAWATAN ISLAM NUR EHSAN

kami akan terus berjuang kerana Allah...InsyaAllah