RENUNGAN

SETIAP PENYAKIT.. ADA PENAWARNYA KECUALI MATI. NAMUN,INGATLAH...SETIAP KESUSAHAN ITU,ADA KESENANGAN DI AKHIRNYA...

Pages

Saturday, February 27, 2010

Adakah bidang Perubatan Islam ini adalah satu Tareqat dalam Tasawuf???

salam buat sahabat....
Jika anda tanya saya mengenai persoalan di atas, maka dengan jelas saya katakan bahawa persoalan di atas adalah benar. Pada fahaman ilmu saya yg cetek lagi sedikit ini. Namun, jika sahabat - sahabat ada pandangan lain yg boleh dibincangkan... saya sudi untuk berbicara secara ilmiah.

Secara mudahnya, kenyataan saya terhadap persoalan di atas dapat disokong dengan mudah apabila saya membawa anda kepada situasi berikut. Dalam sesuatu tareqat, seorang suluk itu wajiblah berguru. Seseorang itu juga,haruslah bermuraqabah kepada Allah atau dalam kata lain, mendekatkan diri kepada Allah. Seterusnya, seseorang itu telah dibekalkan dengan ilmu dan amalan - amalan saranan oleh guru mursyid tersebut. Kemudian, seseorang yg bertareqat dalam tasawuf juga akan menghadapi ujian - ujian dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T... Disamping itu juga, Ahli sufi juga sememangnya wajib berpegang kepada Al-quran dan As-sunnah baginda junjungan mulia S.A.W.

Maka, sahabat - sahabatku, sangatlah jelas bagi seorang ahli tasawuf itu adalah sama dengan keadaan seorang mualij... Oleh itu terjawablah persoalan bahawa "adakah bidang perubatanIslam ini adalah satu Tareqat dalam Tasawuf".

2 comments:

  1. Salam buat saudara , apa pendapat saudara tentang ilmu yg d anugerah ALLAH kpd bukan dari golongan org biasa dan saya harap saudara dpt mencerita pengalaman atau peristiwa semasa mengubat persakit terkena sihir dan saka...dan apa pendapat anda tentang busung n santau...mcmana nak atasi.

    sebab kami nak bertanya kerana itu yg telah banyak berlaku pada masyarakat melayu kita...lagi satu sihir siam,sihir sakai,sihir hindu mcmana nak atasi...semoga saudara bole bgi jawapannya.

    lagi satu kalau saya nak buat rawatan memagar rumah berapa kosnya n termasuk rawatan diri...harap saudara mencerita kerana kebanyakan banyak blog rawatan islam dlm laman web mencerita kaedah rawatan dan cara mengatasinya sekian

    ReplyDelete
  2. Salam ukhwafillah buat saudara firus..
    Terima kasih kerana sudi memberikan komen anda di blog ini.

    insyaallah sy akan cuba menjawab sebaik mungkin semua soalan anda.

    Apabila kita berbicara mengenai anugerah Allah, maka perlu kita tahu bahawa anugerah Allah itu sangatlah luas dan Allah adalah sebaik - baik pemberi rahmat. Begitulah antara pesanan yang telah dirakamkan di dalam al-quran Al-karim.

    Kemudian, apabila kita sebut pula mengenaianugerah kepada bukan dr gol org biasa.. mereka adalah dari golongan nabi dan rasul.

    Sebaliknya, terdapat juga ilmu yg d anugerah allah kepada golongan manusia biasa yg dinamakan ilham. Pd pgetahuan sy,Ilham pula ada bnyk jenis. Antaranya termasuklah mimpi dan gerak hati. Terutamanya bg mereka yg sering melakukan solat sunat istikharah.Perkara ini penting! bagi mengelakkan tipu daya iblis...Saudara, bila manusia biasa itu jujur, ikhlas dan telus kepada allah... Insyaalah mereka mudah untuk dapat anugerah sedemikian.

    Insyaallah jika ada kelapangan, sy akan menceritakan pengalaman merawat mangsa sihir dan saka. Pendapat sy tentang busung dan santau, kedua-duanya adalah berkaitan dengan sihir.

    Cara untuk mengatasi sihir dengan cara yang mudah ialah dengan sentiasa mendekatkan diri kepada allah. Selain itu juga, amalan 3 Qul juga adalah saranan baginda S.A.W. Kemudian, amalan - amalan lain adalah seperti membaca al-ma'thurat dan al-quran setiap hari juga adalah kaedah yang terbaik dalam mengatasi semua masalah gangguan jin dan syaitan.

    Berkaitan dengan kos rawatan di klinik akrine kami di Slim River, hanya pendaftaran RM 10 dikenakan bagi setiap pesakit. Kemudian, tiada harga khusus yg ditetapkan oleh kami. Sebaliknya terserahlah kepada pesakit itu sendiri untuk memberikan hadiah sekiranya berniat demikian. KAmi hanya berusaha merawat dan allah lah yg berhak memberikan kesembuhan. Hal ini kerana kesembuhan itu adalah milik Allah.

    Pesakit di sarankan untuk membeli air penawar dan pil homeopathy Akrine. Semoga jawapan yg sy berikan membantu anda.

    ReplyDelete