RENUNGAN

SETIAP PENYAKIT.. ADA PENAWARNYA KECUALI MATI. NAMUN,INGATLAH...SETIAP KESUSAHAN ITU,ADA KESENANGAN DI AKHIRNYA...

Pages

Thursday, August 19, 2010

IBLIS DAN NABI ADAM

Dirawikan, Iblis berkata:

"Ya Tuhanku, keluarkan aku kerana Adam. Aku tidak kuasa atasnya, kecuali dengan penguasaan-Mu.".

Allah berfirman:

"Engkau Ku-kuasakan atasnya. Yakni atas anak cucunya."

Kerana para Nabi selamat dari Iblis.

Iblis berkata:

"Berilah aku kuasa lagi."

Allah berfirman:

"Setiap ia beranak, kau pun beranak."

Iblis memohon lagi......

"Berilah aku lagi."

Allah berfirman:

"Jeratlah mereka dengan tipu daya. Temanilah mereka dengan harta dan anak. Sesatkanlah mereka dalam agama dan perbuatan yang batil. Perbuatlah sekehendakmu!"


Lalu Adam berkata:

"Ya Tuhanku, Engkau telah berikan kuasa kepada Iblis kepadaku, maka aku
tidak boleh menghalanginya kecuali dengan pertolongan-Mu."


Allah berfirman:

"Setiap umatmu akan dijaga oleh malaikat."

Adam memohon lagi:

"Tambahilah aku."

Allah berfirman:

"Setiap kebaikan yang dilakukan diberi pahala sepuluh kali ganda."

Adam berkata lagi:
"Tambahilah aku."

Allah berfirman:

"Aku terima taubat mereka selama mereka masih hidup."

Adam berkata lagi:
"Tambahilah aku."

Allah berfirman:

"Aku ampuni mereka dan Aku tidak mengira segala dosa yang dilakukan."

Adam berkata lagi:
"Baiklah,aku telah merasa senang sekarang."


Kemudian Iblis berkata:

"Ya Tuhanku, Engkau jadikan utusan kepada manusia dan Kau beri kitab. Maka siapakah utusanku dan apakah kitabku?"

Allah berfirnam:

"Utusanmu tukang tenung dan kitabmu perangai buruk,hadismu bohong, Qur'an mu syair, tukang azanmu seruling, masjidmu pasar, rumahmu adalah tandas, makananmu sesuatu yang tidak disertakan dengan nama-Ku,minumanmu adalah yang memabukkan dan perangkapmu adalah perempuan."

Friday, July 2, 2010

AWAS!!!

Sihir Jenama Terbaru Yang Melemahkan Perawat

Seorang perawat Akrine datang untuk berbicang dan dirawat terhadap masalah yang dihadapinya. Dia dikatakan bersaka dan saka ini telah menyusahkannya apabila seorang wanita yang dirawatnya telah menaruh hati kepadanya. Mengikut ibu pesakit perawat ini telah "menggoda" anaknya dan apabila siibu ini dirawat oleh seorang Akrine yang lain jin pada tubuhnya mengatakan bahawa siibu ini telah menghalangnya dari berkahwin dengan anaknya. Ini meyakinkan siibu bahawa perawat Akrine ini telah mengenakan anaknya.

Apabila perawat ini merawat di tempat yang lain kes yang sama juga berlaku. Keluarga pesakit mempelawanya untuk berkahwin dengan anaknya.

Apabila saya rawat dengan menggunakan teknik gantung tangan, ternyata ia bukannya saka tetapi sihir... misinya adalah supaya semua yang dirawatnya akan jatuh cinta kepadanya.

Teknik penyihiran begini melemahkan daya juang perawat, menjadikan keluarga pesakit membenci perawat juga menyebabkan suami pesakit menghalang isterinya dari dirawat.

Friday, May 28, 2010

ikhlas...



"beramal lah seolah - olah kamu melihat allah, jika kamu tidak melihat allah, ketahuilah bahawa allah melihat kamu"

Sabda Nabi S.A.W.












Mafhum sabda Nabi S.A.W :

Bersuci dengan berwuduk itu sebahagian daripada iman, ungkapan Alhamdulillah memenuhi neraca timbangan,
ungkapan Subhanallahiwalhamdulillah memenuhi keduanya segala langit dan bumi,
solat adalah nur,
sedekah itu bukti dan sabar itu sinar cahaya
dan al-quran itu hujah bagi pihakmu
atau bagi menentangmu

(Riwayat Muslim)


Thursday, May 20, 2010

manusia...


pagi ingat petang lupa...
begitulah betapa lemahnya kita sebagai seorang hamba.
kengkawaan..
bukan senang rupanya seorang manusia itu untuk menjadi seorang insan.

laluan hdup ini umpama derasnya air sungai.. terpaksa merempuh batu dan duri..
owh.. pedihnya. namun, manis disebalik ketenangan.

Wednesday, May 12, 2010

SABDA BAGINDA S.A.W

"Dengan nama Allah yang tidak ada bahaya pun bersama nama-Nya di bumi dan di langit, Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui (sebanyak tiga kali), maka sepanjang hari tidak ada sesuatu apa pun yang akan membahayakannya, Demikian juga jika dia membacanya pada malam hari".

(HR Abu Daud dan Nasa'i)

Thursday, April 22, 2010

YOUNG TEAM


YA ALLAH... RAHMATILAH PERJUANGAN KAMI


Saturday, April 17, 2010

PERINGATAN

Saksikanlah kebesaran TuhanMu... memberi peringatan kepada setiap hambaNya.

Subhanallah... gambar ini diambil oleh ana pada tahun 2008.

" sahabat... sudah sekian lama sy membuat pemerhatian.
akhirnya, sy faham bahawa setiap saat pengalaman dalam hidup itu adalah Tarbiyah dari Allah S.W.T kepada mereka yang dikehendakiNya".
Maka....
perlukah kita berputus asa bila kita telah terjatuh ke dalam dosa???

owh.. Jawapannya tidak sama sekali.
sahabat...
Teruskanlah berjuang mengubah kehinaan yang ada pada dirimu (diriku)... untuk mencari kemuliaan dalam CintaNya.

ASMA'UL HUSNA

Allah mempunyai Asma'ul Husna (nama - nama yang agung dan baik yang sesuai dengan sifat2 allah) maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut Asma'ul Husna itu. (Al-A'raf)

Tuesday, April 13, 2010

renungkan wahai hatiku

Katakanlah, “Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik (TQS. at-Taubah [9] : 24).

Thursday, March 4, 2010

Luahan hati semut

Sudah tidak adakah sahabat - sahabat yang setia.. seperti saidina abu bakar?saidina umar?saidina Usman?saidina Ali?
Sudah jauh aku berjalan.. meniti liku2 hidup, menempuh pahit getir dan ranjau berduri..
Namun, masih tidak kutemui sahabat2 yang setia untuk membantuku menghadap Ilahi...

Wednesday, March 3, 2010

Alangkah indahnya hidup bersama ilahi...

Hidup tenang... segala ujian.. cubaan.. semuanya mampu membuat kita tersenyum.

Sunday, February 28, 2010

surah al-waqiah:83-85

Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, sedang kamu pada masa itu ( berada disekelilingnya) menyaksikan keadaanya dan kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat.

SAHABAT PERAWAT

SAHABAT PERAWAT

PESAN USTAZ SYAHID

Telah berkata para pujangga arab :-




Maksudnya : Seseorang yang tiada mempunyai apa-apa. Maka dia tidak akan dapat memberi apa-apa

* Masakan seorang daie' mampu berdakwah sedangkan
dirinya masih tiada persediaan dan kefahaman tentang metologi dakwah.

* Masakan seorang murabbi dapat mentarbiyyah anak buahnya sedangkan dia tidak ditarbiyyah terlebih dahulu.

Bergitu juga dengan seseorang insan yang bergelar mua'lij.

* Masakan seorang mua'lij muda mampu mengubati pesakit sedangkan dirinya masih tidak diberi tarbiyyah untuk lahir sebagai seorang insan yang bergelar mua'lij.

Saturday, February 27, 2010

BEBERAPA HADIS TENTANG JIN

HADIS 1:

Diriwayatkan dari Abi Said Al-Khudri, telah bersabda RasuluLLAH SAW :

“Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barangsiapa yang melihat sesuatu dari golongan Awamir maka hendaklah ia mengarahkan ia keluar (sebanyak 3x). Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan.”


—Hadis 2 :
Sabda RasuluLLAH SAW yang diriwayatkan oleh Yazid bin Jabir, katanya:

“Tidak ada suatu rumah dari kaum Muslimin melainkan di atap rumah mereka adalah golongan jin Islam. Apabila mereka meletakan makanan pada waktu siang , golongan jin turun dan makan tengahari bersama mereka dan apabila manusia meletakan makan malam mereka pun turun dan makan malam bersama mereka”


Hadis 3:

Ibnu Abbas r.a. meriwayat sabda RasuluLLAH SAW :

“Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, ia didahului oleh syaitan. Apabila perempuan itu hamil, ia akan mengandung khunsa (pondan). Kaum pondan itu adalah anak-anak jin”

(Ibnu Taimiyah – terkadang manusia dan jin bernikah dan melahirkan anak)


Hadis 4:

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, RasuluLLAH SAW bersabda

“Sesungguhnya jin Ifrit telah mengacau aku semalam supaya aku memutuskan solatku, dan sesungguhnya ALLAH membolehkan aku menguasainya. Maka aku berniat untuk mengikatnya di tiang mesjid sehingga orang ramai boleh melihatnya, kemudian aku teringat kata2 sdraku Sulaiman : Ya Tuhanku, ampunilah daku, berikanlah kepadaku kekuasaan yg tidak terdapat pada orang lain selain aku…maka ALLAH menolak jin itu dgn penuh kehinaan”


Hadis 5 :

Dalam kitab Musnad Imam Ahmad meriwayatkan hadis Abu Musa, RasuluLLAH SAW bersabda

“Rosaknya umatku sebab tusukan taun. Para sahabat bertanya: Wahai Rasul kalau tusukan kami telah mengerti, kemudian taun itu? Rasul menjawab: Taun adalah tusukan saudara2mu dari golongan jin”

(Ibnu As-Sir – jin mempunyai banyak gangguan : bisikan, tiupan, hembusan dan tusukan)

Adakah bidang Perubatan Islam ini adalah satu Tareqat dalam Tasawuf???

salam buat sahabat....
Jika anda tanya saya mengenai persoalan di atas, maka dengan jelas saya katakan bahawa persoalan di atas adalah benar. Pada fahaman ilmu saya yg cetek lagi sedikit ini. Namun, jika sahabat - sahabat ada pandangan lain yg boleh dibincangkan... saya sudi untuk berbicara secara ilmiah.

Secara mudahnya, kenyataan saya terhadap persoalan di atas dapat disokong dengan mudah apabila saya membawa anda kepada situasi berikut. Dalam sesuatu tareqat, seorang suluk itu wajiblah berguru. Seseorang itu juga,haruslah bermuraqabah kepada Allah atau dalam kata lain, mendekatkan diri kepada Allah. Seterusnya, seseorang itu telah dibekalkan dengan ilmu dan amalan - amalan saranan oleh guru mursyid tersebut. Kemudian, seseorang yg bertareqat dalam tasawuf juga akan menghadapi ujian - ujian dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T... Disamping itu juga, Ahli sufi juga sememangnya wajib berpegang kepada Al-quran dan As-sunnah baginda junjungan mulia S.A.W.

Maka, sahabat - sahabatku, sangatlah jelas bagi seorang ahli tasawuf itu adalah sama dengan keadaan seorang mualij... Oleh itu terjawablah persoalan bahawa "adakah bidang perubatanIslam ini adalah satu Tareqat dalam Tasawuf".

Friday, February 26, 2010

PENJELASAN

ramai org fikir... ble kita sebut tentang jin... ianya adalah kepercayaan karut, kolot dan mundur. Tapi tahukah anda bahawa ia telah menjejaskan iman anda???? Mempercayai wujudnya jin adalah sama seperti kita mempercayai wujudnya malaikat... kerana ia termasuk dalam mempercayai perkara ghaib seperti syurga dan neraka.

Thursday, February 25, 2010

PERKHIDMATAN DI AKRINE SLIM

  • BERBEKAM
  • URUTAN KESIHATAN
  • RAWATAN GANGGUAN JIN
  • RAWATAN RESDUNG
  • KAUNSELING ISLAM

BILIK RAWATAN AKRINE SLIM RIVER


SURAH A-LI'MRAAN(AYAT 135)

135. Dan juga orang - orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa- dosa melainkan allah-, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan.. kaedah rawatan islam ada penawarnya. Tidak kira apa masalah anda.. kami merawat, allah sembuhkan. Biiznillah..Insyaallah.

SAHABAT PERAWAT


USTAZ SHAHID,AKRINE SLIM RIVER(AS-SYIFA' AS-SYAHIDI)

SIFU

USTAZ MAJID,AKRINE,KUANG (PENGASAS AKRINE)

AKADEMI RAWATAN ISLAM NUR EHSAN

kami akan terus berjuang kerana Allah...InsyaAllah



Thursday, January 7, 2010

PERMULAAN BERERTI PERUBAHAN

laman ini diwujudkan untuk semua. Diskusi,pendapat tentang hidup,mati,sihat,sakit,sahabat,musuh dan agama tercinta...ISLAM!