RENUNGAN

SETIAP PENYAKIT.. ADA PENAWARNYA KECUALI MATI. NAMUN,INGATLAH...SETIAP KESUSAHAN ITU,ADA KESENANGAN DI AKHIRNYA...

Pages

Friday, July 2, 2010

AWAS!!!

Sihir Jenama Terbaru Yang Melemahkan Perawat

Seorang perawat Akrine datang untuk berbicang dan dirawat terhadap masalah yang dihadapinya. Dia dikatakan bersaka dan saka ini telah menyusahkannya apabila seorang wanita yang dirawatnya telah menaruh hati kepadanya. Mengikut ibu pesakit perawat ini telah "menggoda" anaknya dan apabila siibu ini dirawat oleh seorang Akrine yang lain jin pada tubuhnya mengatakan bahawa siibu ini telah menghalangnya dari berkahwin dengan anaknya. Ini meyakinkan siibu bahawa perawat Akrine ini telah mengenakan anaknya.

Apabila perawat ini merawat di tempat yang lain kes yang sama juga berlaku. Keluarga pesakit mempelawanya untuk berkahwin dengan anaknya.

Apabila saya rawat dengan menggunakan teknik gantung tangan, ternyata ia bukannya saka tetapi sihir... misinya adalah supaya semua yang dirawatnya akan jatuh cinta kepadanya.

Teknik penyihiran begini melemahkan daya juang perawat, menjadikan keluarga pesakit membenci perawat juga menyebabkan suami pesakit menghalang isterinya dari dirawat.